SK. KAMPUNG KOLAM
26800 KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR

HOME


KLIK GAMBAR 1- Laman j-qaf. Gambar 2 - Laman PKI    Gambar 3 - Laman PRASEKOLAH.  Gambar 4 - Laman Bual Bicara Ilmiah.


view:  full / summary

CUTI BERGANTI SEMPENA AIDIL FITRI TAHUN 2010

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on August 31, 2010 at 7:59 PM Comments comments (0)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2.   Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menggantikan hari persekolahan seperti ketetapan berikut:


   Tarikh Cuti                                   Jenis Cuti                            Tarikh Ganti


  14 Sept 2010 (Selasa)             Cuti Berganti                        18.09.2010


  15 Sept 2010 (Rabu )               Cuti Berganti                        09.10.2010



3.   Cuti berganti ini akan diadakan pada hari sabtu.


4.   Semoga perkara ini dalam makluman dan perhatian  tuan. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian. Harap maklum


GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KOLAM

26800 KUALA ROMPIN

PAHANG DARUL MAKMUR

SANTAI DI LANJUT...

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on August 1, 2010 at 9:20 PM Comments comments (0)

Program santai di Lanjut bersama pelajar  tahun 6. Program ini adalah bertujuan untuk merehatkan minda pelajar tahun 6 yang baru selesai menempuhi percubaan UPSR dan memberi kesegaran minda kepada pelajar untuk menempuhi peperiksaan sebenar pada bulan september nanti. berikut adalah tentatif program :


Tarikh : 7 OGOS 2010

Tempat : Pantai Lanjut.


Masa                        Perkara                                                          Tindakan


7.30 Pagi               Berkumpul di sekolah                                    Penyelaras/ AJK pengangkutan


8.00 Pagi              Sarapan pagi/ taklimat program/                   Penyelars/ AJK Permainan

                                Pembahagian Kumpulan/

                                Pertandingan Permainan Tradisional


12.00 tghari          Makan Tengahari/ Persiapan Diri/                AJK Makanan/ AJK Kerohanian

                                solat zuhur / Tazkirah                                     


2.00  ptg                Ceramah Motivasi                                             Ustaz Zaidi

                                ( Kenapa pelajar Islam Perlu   

                                 cemerlang )


3.00 ptg                Santai bersama guru ( Dalam Kumpulan)   Semua.


4.00  ptg                Penutup / Minum petang / solat asar             semua guru /peserta


5.00 ptg                 Bertolak  pulang                                                  Penyelaras




JADUAL PROGRAM 1 IMPIAN 1 HARAPAN 1 TUJUAN ( TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR)

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on August 1, 2010 at 9:06 PM Comments comments (0)

TARIKH : 2 OGOS (ISNIN) 2010     

    MASA : 3.00 PM  - 5.00 PM   

SUBJEK : MATEMATIK

PENYAMPAI : MOHD RIDUAAN ISMAIL 

TINDAKAN   : KP MATEMATIK.



TARIKH : 4 OGOS ( RABU) 2010

MASA    : 3.00 PM - 5.00 PM

SUBJEK : BAHASA MELAYU

PENYAMPAI : M.ZULKARNAIN BAKAR

TINDAKAN : KP BAHASA INGGERIS.


TARIKH : 5 OGOS ( KHAMIS) 2010

MASA     :  3.00 PM - 5.00 PM

SUBJEK : BAHASA INGGERIS

PENYAMPAI : PN. AZIZAH BT HASSAN

TINDAKAN : KP BAHASA INGGERIS


TARIKH : 9 OGOS ( ISNIN) 2010

MASA     : 3.00 PM - 5.00 PM

SUBJEK : SAINS

PENYAMPAI : PN LATIPAH SALEM

TINDAKAN : KP SAINS

PROGRAM ZOOM A

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on May 20, 2010 at 10:09 PM Comments comments (0)

 Satu program  pembelajaran secara interaktif melalui internet. Program ini amat bermanfaat kepada pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Meliputi 4 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan sains.

Terdapat lebihkurang 250,000 soalan disediakan. Kesemuanya boleh di aksess  melalui capaian internet samaada di sekolah atau rumah.


Kosnya ???

Dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 10 anda akan mempunyai satu akaun  dan anda boleh mula aksess dari tarikh akaun dibuka hinggalah pada 31 Disember 2010.


Faedah yang di perolehi??

Dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran menjawab soalan yang menjuruskan kepada format peperiksaan. Pelajar boleh aksess bila-bila masa tanpa had.


Bagaimana untuk mendaftar?

Boleh menghubungi pihak sekolah atau berhubung terus dengan penyelaras program iaitu Puan Zumaini bt Adnan   pada atau sebelum 27 MEI 2010.

JADUAL PKSR 2

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on May 19, 2010 at 10:17 PM Comments comments (0)

 

Assalamualaukum wrh. Wrt.

Kepada,

Semua ibu, bapa dan penjaga murid

SK Kampung Kolam.

Tuan/Puan,


MAKLUMAN PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KOLAM

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.  Ujian pertengahan tahun bagi murid Tahun 1 hingga 6 akan diadakan pada 24 Mei 2010 (Isnin)  hingga 27 Mei 2010 (Khamis) seperti jadual di bawah.


24/5/2010    -     Isnin       - 08.00 - 09.00    -   Pendidikan Jasmani

                                            -  09.15 - 10.15   -    Kajian Tempatan

                                            - 10.15 - 10.45   -   REHAT

                                            - 11.00 - 12.00  -    Kemahiran Hidup

                                            - 12.10 - 1.10    -    Pendidikan Sivik Kewarganegaraan


25/5/2010  -  Selasa      -09.00 - 10.15  -    B. Melayu - Ujian Penulisan

                                          - 10.15 - 10.45  -    REHAT

                                          - 10.55 - 11.35  -   Matematik Kertas 2

                                          - 11.45 - 12.15  -   Ulangkaji Pelajaran


26/5/2010   - Rabu        - 08.00 - 09.00   -  Matematik Kertas 1

                                          - 09.15 - 10.05   -  Bahasa Inggeris Kertas 1

                                          - 10.15 - 10.45   -  Rehat

                                          - 10.55 - 12.10   -  Bahasa Inggeris Kertas 2

 

27/5/2009  -  Khamis    - 07.50 - 09.05   -  Sains

                                          - 09.10 - 10.10    -  Pendidikan Islam

                                          - 10.15 - 10.45    -  REHAT

                                          - 11.00 - 12.00   -  Bahasa Arab


3.       Kelas Tasmik j-QAF bagi murid-murid tahun 1, 2, 3 dan 4  dan aktiviti Kokurikulum tidak dijalankan.  Pada 24/5/2010 murid tahun 6 akan akan menjalani sesi pembelajaran seperti biasa mengikut guru matapelajaran masing-masing (jadual anjal).


4.       Semoga perkara ini mendapat perhatian dan tindakan tuan/puan. Terima kasih.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



(HJ KAMARUDIN BIN HJ ZAINUDDIN) Guru Besar,

SK Kampung Kolam

26800 KUALA ROMPIN


Wakil Bercerita Peringkat Kebangsaan

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on May 11, 2010 at 9:35 PM Comments comments (0)

  Muhd Hazirie  bin Abdul Rahim  akan mewakiii negeri Pahang bagi Acara bercerita ke peringkat Kebangsaan. Dalam pertandingan (MTQSS)  peringkat Negeri yang berlangsung pada 23-25 di SM Alor Akar baru -baru ini Adik Haziri telah  berjaya menewaskan 10 peserta yang lain yang terdiri dari serata daerah-daerah di Negeri Pahang ini.  Pertandingan peringkat Kebangsaan akan diadak di UMT  Terengganu pada 31 Mei - 3 Jun 2010. Adik Haziri membawa visi sekolah, visi Daerah Rompin  dan visi Negeri Pahang.  Semoga Allah mempermudahkan segala usahanya .  warga SKKK mendoakan kejayaan buat Adik Haziri..

 

mesyuarat PIBG..

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on April 5, 2010 at 12:32 AM Comments comments (0)

Alhamdulillah Mesyuarat PIBG SKkk telah berlangsung dengan lancarnya.. Buat pertama kalinya mesyuarat ini di rasmikan secara maya iaitu melalu video  conference bersama yang Terutama Dato'  Seri Paduka Jamalaudin b. Jarjis selaku Duta Malaysia ke Amerika bertaraf  menteri. Dato' seri yang pada ketika itu sedang berada di Amerika


  

Notis Mesyuarat PIBG SKKK

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on March 25, 2010 at 12:10 AM Comments comments (0)

Adalah dimaklumkan mesyuarat PIBG akan diadakan pada 27 Mac 2010 (Sabtu) Mesyuarat ini akan bermula pada jam 8.00 pagi. Kehadiran ibubapa sangat diharapkan untuk sama-sama membincangkan ke arah peningkatan pendidikan anak-anak kita semua. sekian terimakasih.

Perjumpaan Bersama ibubapa tahun 6

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on March 25, 2010 at 12:03 AM Comments comments (0)

Perjumpaan ibubapa bersama guru-guru yang mengajar tahun 6. Perjumpaan ini bertujuan untuk berbincang mengenai pencapaian anak-anak. Perjumpaan akan diadakan pada 25 Mac 2010 pada jam 2.30 petang di sekolah kebangsaan Kampung Kolam. Kehadiran ibubapa di alu-alukan. terimakasih.

Pembatalan Kelas Tasmik..

Posted by Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam on March 22, 2010 at 12:13 AM Comments comments (0)

 Kelas Tasmik pada 23 March 2010 dibatalkan kerana semua guru j-qaf dan pendidikan Islam terlibat dengan Multaqa Guru-guru j-qaf dan pendidikan Islam di Muadzam shah. Para ibubapa bolehlah mengambil anak masing-masing selepas waktu persekolah.  Segala kesulitan mat dikesali. Harap maklum...


Rss_feed

Site Clock

PELAWAT

SPEEDCOUNTER.NET - free counter!

GURU BESAR SKKK



RUANGAN SEMBANG SKKK


TARIKH HARI GAJI

HARI PERSEKOLAHAN

Laman Web Penting !

Recent Videos

No recent videos

JOM UNDI...